Sabtu, 17 April 2010

Belajar Cakap Terengganu - Netbak..Kuih Tradisional Terengganu

Kalau tiba bulan puasa barulah kuih netbak ini akan dijual sebab pada hari-hari biasa sukar nak cari kuih ni.Netbak rasanya manis dan lembek,elok disimpan dulu dalam peti sejuk..dimakan waktu permulaan berbuka puasa selepas kurma.

Bahan-bahan :

1 bungkus tepung beras

12 biji telur ayam

500 gm gula

5 helai daun pandan


CARA MENYEDIAKAN:

1. Tepung beras disangai dengan api sederhana hingga kering. Biarkan ia sejuk.

2. Telur dipukul hingga kembang dan berbuih.

3. Panaskan acuan dan sapukan acuan dengan minyak kemudian taburkan tepung ke dalam adunan telur sedikit demi sedikit.

4.Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar hingga kuning.

5. Untuk siranya, masukkan dua gelas air dan sepuluh sudu besar gula ke dalam periuk. Bila air gula sudah mendidih masukkan daun pandan kemudian masukkan 10 biji nekbat.

* 10 sudu gu
.la untuk 10 biji nekbak


Cuba ar...hihi

Tiada ulasan: