Sabtu, 17 April 2010
Belajar Cakap Terengganu - Satu Perbualan
Assalamualaikum..saya Hidayat Mustafa,45..anak jati Terengganu..lahir di kampung Ladang Titian,KualaTerengganu.Kerja pencanting batik di Chendering.Kalau anda nak beli kain batik sutera atau batik basahan(batik lepas) silalah datang ke Terengganu..096222326 ini no untuk anda hubungi.
OK..Saya buat blog ini untuk beri galakan pada sape2 saja yang minat pada ‘loghat Tranung’..samada nak belajar cakap ataupun nak tau makna loghat tranung yang anda tak faham.
Saya bagi contoh di sini cakap seharian orang Terengganu..agak2 anda faham tak?
Mamat : ‘ Eh Li..mun dok kelaut ke ari ning‘?
Ali : ‘ Dok..malah ar aku.. Pok Ngoh jeragang etek mu’sang angat..Aku nok pinjang pitih sikit dok wei..brayok ungguh!!
Mamat : ‘ Doh mun tak boh keje doh ar ngang dia’? Payoh ba’sa jugok mun ni ah..eee dok reti nok mikir ar kalu gini..baik2 keje bereti!!
Ali : ‘ Doh Pok Ngoh oarh k’ira angat..nok pinjang 50 rial je..base taikidung masin’!!
Mamat : ‘ Oorr..sedap angat mun kata ke orang orrkk!!
makna ayat : mun = mu (kau)
dok = tak
kelaut = tangkap ikan (nelayan)
ari = hari
ning = ini
malah = malas
ar = lah
jeragang = juragan
etek = lah (itulah)
mu’sang = bengis,bengkeng
angat = sangat
pinjang = pinjam
pitih = duit
wei = beri
brayok ungguh = kata2 makian
tak boh = tak nak
keje = kerja
ngang = dengan
payoh ba’sa = cerewet
reti = faham
mikir = fikir
bereti = berhenti
ki’ra = berkira
base = dasar
idung = hidung
oorr = penguat cakap
orrkk = penguat cakap
OK..semoga kita bertemu lagi..bye
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan